SELAMAT DATANG KE DUNIA KU

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.

Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000 ke atas. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘menyewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. Ia bergantung kepada pengalaman seorang jurugambar. Kebanyakan di sudut inilah seorang bakal pengantin kurang mengambil kira tentang kemahiran jurugambar yang akan mereka lantik sebagai Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan mereka nanti.

3) Masa Perkhidmatan Fotografi adalah satu bidang yang profesional dan jurugambar adalah merupakan seorang yang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. Setiap jurugambar menetapkan masa yang berbeza-beza mengikut harga yang mereka tetapkan. Ianya berkadar langsung dengan kemahiran yang mereka ada.

4) Perkhidmatan Selepas RakamanSetelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. Malah pada era sekarang, penggunaan album ‘storybook’ pula menitik-beratkan dari segi olahan gambar dan rekabentuk album yang menarik. Ini merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang jurugambar dan khidmat jurugambar bukan sahaja tamat selepas selesai sahaja mengambil gambar. Malah berterusan sehingga album selesai dicetak.

5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Kos-kos ini sebenarnya telah pun dimasukkan dan dikira di dalam pakej yang ditawarkan oleh seorang jurugambar. Kos material adalah kos yang boleh dikatakan hampir sama bagi setiap jurugambar. Sekiranya anda melihat perbezaan harga seseorang jurugambar, ianya lebih banyak berbeza dari sudut kemahiran dan pengalaman mereka.Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

JASAMU AYAH IBU

Selasa, 22 Disember 2009

Rabu, 16 Disember 2009

majlis perkahwinan faisol dan shahida






majlis perkahwinan fifi dan pasangan

sory mungkin terlambat sikit nak upload gambar baru ni.majlis ni berlangsung di Kg Kelubi, Jitra pada 12 Dis 2009 (sabtu).kali ni aku nak upload gmabar outdoor jer..(Taman Tema Tasik Darul Aman)







Sabtu, 5 Disember 2009

Majlis Perkahwinan Anisa & Nazrum di Sungai Petani Kedah

Terima Kasih kerana menjemput saya sebagai Photografer anda. Saya amat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh pasangan dan keluarga..Disini ada sedikit gambar yang saya boleh masukkan untuk tatapan.Segala salah dan silap bertuturkata saya memohon maaf.












Semoga iktan murni ini berkekalan hingga akhir hayat. SELAMAT PENGANTIN BARU.

Majlis Perkahwinan Rahimah & Pasangan

Terima kasih kerna menjemput saya ke majlis anda..ni ada beberapa gambar yang saya dapat paparkan..segala salah dan silap harap di maafkan..

majlis korban di rumah

Walaupun dah lama gambar ni tak masukkan..tapi masih dalam ingatan.
Ini la susana di majlis korban di kampung akupada hari raya ke dua (28 November 2009)...Dapatla juga aku ambil sebahagian untuk di jadikan akikah untuk anak aku. Lembu ni ada binatang peliharaan keluarga kami yang sangat manja..Allahamdulilah semuanya berjalan lancar.

Lembu sudah dapat di tumbangkan...tunggu masa nak korban..

Bismillahhirahmanirahim....lembu disempurnakan...


ni la keadaannya..

Menunggu lembu betul2 sempurna proses penyembelihannya..

proses melapah dijalankan...(pakar lapah ni terlindung sikit dengan kaki lembu)


Ni dia bahagian kaki nya dah selesai..besarkan....
Hari pertama baby ifah beraya...

nyenyaknya dia tidur...

ni pula sepupu ( anak kakak) baby ifah..dia la yang asyik dekat dengan baby ifah..

Pada kawan2 aku minta maafla kerna terlupa nak panggil..kerna sebelum majlis ni aku dah mula cuti..pada yang sudi datang terima kasih...bnayak2...

Ahad, 29 November 2009

baby yang semakin membesar

Genap 7 hari (16 november 2009) Nur Alifah Ilyana sudahpun jatuh pusatnya..
kami mula la fikir nak kena buat pulut kuning atas syarat yang di beri oleh bidan..
pada hari hari ke 9 kami buat la kenduri kecil-kecilan. tak la panggil orang sangat sekadar saudara terdekat dan rakan yang kami jumpa jer. hari tu juga Nur Alifah Ilyana kena cukur rambutnya...botak la juga...heheheee....

rambut alifah mula kena cukur...

ni dah sebahagian dah..tinggal sebahagian lagi..
nasib dia tak nangis...

hati2..cukur rambut dia bidan oi...

ni dia dah selesai dah..sekarang mas untuk pecah mulut..
guna air zam-zam lagi (air dari mekah tok abah dia pos sebelum bersalin)


ni dia kepala dah lincin dah..


Alifah dengan mama dia...dady tak ada la dia ambil gambar..hehehe