SELAMAT DATANG KE DUNIA KU

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.

Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000 ke atas. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘menyewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. Ia bergantung kepada pengalaman seorang jurugambar. Kebanyakan di sudut inilah seorang bakal pengantin kurang mengambil kira tentang kemahiran jurugambar yang akan mereka lantik sebagai Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan mereka nanti.

3) Masa Perkhidmatan Fotografi adalah satu bidang yang profesional dan jurugambar adalah merupakan seorang yang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. Setiap jurugambar menetapkan masa yang berbeza-beza mengikut harga yang mereka tetapkan. Ianya berkadar langsung dengan kemahiran yang mereka ada.

4) Perkhidmatan Selepas RakamanSetelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. Malah pada era sekarang, penggunaan album ‘storybook’ pula menitik-beratkan dari segi olahan gambar dan rekabentuk album yang menarik. Ini merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang jurugambar dan khidmat jurugambar bukan sahaja tamat selepas selesai sahaja mengambil gambar. Malah berterusan sehingga album selesai dicetak.

5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Kos-kos ini sebenarnya telah pun dimasukkan dan dikira di dalam pakej yang ditawarkan oleh seorang jurugambar. Kos material adalah kos yang boleh dikatakan hampir sama bagi setiap jurugambar. Sekiranya anda melihat perbezaan harga seseorang jurugambar, ianya lebih banyak berbeza dari sudut kemahiran dan pengalaman mereka.Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

JASAMU AYAH IBU

Ahad, 10 Mei 2009

aku seorang jurulatih


pasukan lelaki di separuh akhir....


Pada penghujung bulan april aku terima satu panggilan dari guru lama aku. dia minta bantuan untuk melatih anak murid dia bermain hoki bagi menyertai kejohanan hoki peringkat MSSD Kubang Pasu yang telah berlangsing pada 7, 8 , 9 dan 10 mei yang lalu....

Pada mulanya aku pening juga..macam mana mau jadi jurulatih dalam masa yang singkat untuk menyertai pertandingan tersebut..cuba bayangkan dalam masa seminggu sahaja untuk adakan latihan... hasil pengalaman yang lepas aku setuju juga...dengan bantuan kawan aku kami teruskan latihan dengan hanya pengalaman yang ada....

aku penah bawa pasukan hoki sekolah rendah menjadi juara... dan naib juara..untuk tahun ini aku tak berkesempatan untuk latih dia orang. tapi waktu perlawanan aku pergi juga untuk beri semangat....

tahun ni aku dan kawan aku berjaya membawa pasukan lelaki yang mana tahun lepas merupakan pasukan belasan ke pusingan separuh akhir...cuma pasukan perempuan sekolah jer tak layak ke separuh hasil perbezaan satu jaringan...sudah dikatakan sifat perempuan sedih juga tengok ada yang menangis..aku cuba dapat bagi tau... yang mereka tidak kalah..cuma tak ada nasib.....sepatutnya mereka perlu menang dengan jaringan yang banyak masa lawan MARA tapi hanya dapat satu gol..

pasukan lelaki berjaya ke pusingan seperuh hasil kemenangan dengan sek. pematang bonglai dengan jaringan 2-0 di suku akhir...yang mana pasukan sek ini la yang mebelasah mereka tahun lepas....di separuh akhir...Sek. men darul aman ni terpaksa akur dengan sekolah lama aku SM tunku anum... dengan jaringan yang sama....tungku anum juga merupakan pemain dari didikan aku juga di sekolah rendah 3 tahun lepas...sekarang mereka ada pasukan projek hoki negeri kedah...

ok la...setakat ni jer..tengok la gambar yang aku sempat rakamkan..ok/........


Pasukan hoki SM Baandar Darul Aman Jitra....2009






PASUKAN SMKTATAR A & SMKTATAR B KE AKHIR