SELAMAT DATANG KE DUNIA KU

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal.

Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan :

1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000 ke atas. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘menyewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. Ia bergantung kepada pengalaman seorang jurugambar. Kebanyakan di sudut inilah seorang bakal pengantin kurang mengambil kira tentang kemahiran jurugambar yang akan mereka lantik sebagai Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan mereka nanti.

3) Masa Perkhidmatan Fotografi adalah satu bidang yang profesional dan jurugambar adalah merupakan seorang yang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. Setiap jurugambar menetapkan masa yang berbeza-beza mengikut harga yang mereka tetapkan. Ianya berkadar langsung dengan kemahiran yang mereka ada.

4) Perkhidmatan Selepas RakamanSetelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. Malah pada era sekarang, penggunaan album ‘storybook’ pula menitik-beratkan dari segi olahan gambar dan rekabentuk album yang menarik. Ini merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang jurugambar dan khidmat jurugambar bukan sahaja tamat selepas selesai sahaja mengambil gambar. Malah berterusan sehingga album selesai dicetak.

5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Kos-kos ini sebenarnya telah pun dimasukkan dan dikira di dalam pakej yang ditawarkan oleh seorang jurugambar. Kos material adalah kos yang boleh dikatakan hampir sama bagi setiap jurugambar. Sekiranya anda melihat perbezaan harga seseorang jurugambar, ianya lebih banyak berbeza dari sudut kemahiran dan pengalaman mereka.Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

JASAMU AYAH IBU

Ahad, 25 Januari 2009

kamera baru....

Setelah hampir 3 minggu kemera canon 1000D aku dicuri orang....aku bertekat untuk dapatkan yang baru....cari punya cari..aku dapat juga...tapi sebelum dapat yang ni (Nikon D80 ni) aku dah dapat maklumat ada kamera yang dijual di shah alam. Tapi terlambat nak ke sana kamera 2 dahpun orang ambil. sebelum tu semangat aku tinggi juga...aku dapat maklumat ni dari internet..sebab aku rajin buka web yang banyak aku dapat maklumat mengenai fotografer...apapun aku tak putus asa...mungkin kamera tu bukan takdir untuk aku...

Pada 19hb 1 09... (lepas hari keputeraan sultan Kedah)...aku cuba cari lagi di internet..alahamdulilah....aku jumpa juga..... bila jer dapat maklumat mengenai kamera yang nak dijual..aku terus mesej dia...alahamdullilah..belum ada yang boking..bukan apa aku pun risau juga takut terlepas sekali lagi..... selepas beberapa jam..bro nak jual kamera terus tel. aku...mula 2 risau juga..takut melepas.... dia tel. bagi tau maklumat terperinci...akupun terus comform nak kesana...lepas jer..kami berbual.... terus aku ambil cuti rehat untuk esoknya...akupun terus tel..wife aku bagi tau yang aku nak ke shah alam mlm ni juga....
lepas 2 aku mula la tengok jam..bila la nak habis waktu pjbt...(dlm hati la). habis jer wktu pjbt..aku terus balik borak dengan wife dulu...mula 2 dia cakap taknak ikut..pastu nak ikut pula..aku pun bawa sekali...

pada mulanya cadang nak pergi shah alam dengan bas jer...bila p cek tiket bas..mak datuk..dah naik giler...sorang dah RM 50.00...sehala (dari jitra).aku fikir kalau 2 orang pergi balik dah dekat RM 200.00. aku fikir lebih baik bawa jer kereta.... lebih kurangsama jer.akhirnya aku dengan wife buat keputusan p jer dgm kereta..jam waktu 2 dah pukul 10.30 mlm..aku bawa kereta..pastu terpaksa berhenti di hentian Juru..kami tidur dulu disitu... maklum la ptg kerja letih masih ada lagi...kami bagun pukul 1pagi..aku terus bawa kereta ke ipoh untuk tidur rumah kakak aku dulu( pukul 4 pg baru sampai rumah) sebelum ke shah alam jam 9 pagi...

pasa 20hb..aku terus buat temujanji untuk jumpa di tesko extra shah alam..alahamdullilah...semua yang aku dapat full set....kena jaga la skrg. ni la bini no 2 aku....hehehhe.....

sekarang pun rezeki dah bertambah..syukur...

sambungan.... kamera boleh lihat di kepala blog ini..... 2 la saya dengan kamera baru..heheh...